- Jawab soalan-soalan PMR tahun-tahun lepas. Buat dan buat dan buat lagi. Ulang berkali-kali sehingga kamu rasa senang menjawabnya. Jangan jemu. Jangan malas.
- Dapatkan soalan-soalan peperiksaan percubaan 2011 dari sekolah di negeri-negeri lain. Setiap negeri pastinya akan berbuat yang terbaik untuk pelajar mereka. Gunakan peluang ini. Jawab soalan tersebut.
- Untuk subjek BM dan BI, cari points bagi karangan dengan mencuba semula tajuk-tajuk yang guru bagi dalam kelas. Tengok balik jenis karangan semasa percubaan. Tekankan itu. Bagi jenis karangan berformat, hati-hati. Jangan salah format (surat kiriman, laporan ...). Sebenarnya soalan berdasarkan peribahasa adalah mudah jika kamu menggunakan format cerita berkisar kepada peribahasa tersebut. (Reka cerita dengan maksud peribahasa) Jangan lari daripada maksud peribahasa. Jawab hanya jika kamu betul-betul faham maksud peribahasa tersebut.
- Untuk Geografi, Sejarah dan Kemahiran Hidup, banyak .. banyak .. banyak ... BANYAKkan buat soalan tahun-tahun sudah (soalan percubaan bagi KH). Jangan lupa soalan disusun mengikut urutan topik yang kamu belajar dalam kelas. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar menentukan jawapan yang betul.
- Untuk Sains, baca buku Proses Sains. Pelajar perlu hafal label-label pada gambarajah. Kadang kala, guna logik akal.
- Matematik amat senang. Perlu sangat banyak latih tubi. Soalan yang senang juga perlu dibuat. Ingat, amat mudah untuk buat 'careless mistakes' kalau tak cukup latihan. Rumus Matematik diberi tapi amat membantu jika pelajar hafal rumus tersebut. Masa amat penting. Jangan buang masa dengan mencari rumus yang diperlukan. Adalah lebih mudah jika pelajar hafal saja. Tekankan topik-topik tingkatan 2 dan 3. Tajuk seperti locus, construction dan transformation memberi markah yang banyak.
Wednesday, August 08, 2012
Tips Menjawab Soalan Peperiksaan PMR
Sedikit pesan daripada cikgu buat calon-calon PMR 2011. Kecemerlangan dalam tangan kamu!
Thursday, August 02, 2012
Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012
Akhirnya, apa yang ditunggu telah disiarkan.
Jom balik raya dengan senyuman.
Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 25 tahun 2012 berkenaan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012.
Selamat Hari Raya buat semua.
Jom balik raya dengan senyuman.
Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 25 tahun 2012 berkenaan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012.
Selamat Hari Raya buat semua.
Labels:
aidil fitri,
cuti,
raya
Subscribe to:
Posts (Atom)

